Laos Kecewa Tak Dapat ‘Bantai’ Malaysia Cukup-Cukup
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan bawah 23 tahun Laos menyatakan kekecewaan setelah tidak berjaya untuk mengatasi pasukan negara dengan jumlah gol yang lebih besar ketika mereka menunjukkan jalan keluar buat Malaysia.

Malaysia yang harus berdepan pasukan Laos sebanyak dua kali apabila Indonesia telah pun menarik diri dan juga Myanmar yang juga melakukan tindakan yang sama setelah menghadapi masalah pemain yang positif COVID-19.

Namun begitu, pasukan negara yang menampilkan aksi yang sangat mendukacitakan apabila tumpas kedua-dua perlawanan sekaligus terpaksa melupakan hasrat ke separuh akhir.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh ketua jurulatih Laos, Michael Weiss, beliau mengakui amat berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas berjaya membuat kejutan untuk menyingkirkan Malaysia.

‘Ia hari yang menakjubkan dan hebat. Berdasarkan cara kami bermain pada babak pertama, kami sepatutnya boleh mendapat lebih dari satu gol.’

‘Tapi kami harus realistik kerana berdepan antara pasukan kuat di Asia Tenggara seperti Malaysia. Namun, kami berpuas hati dengan persembahan pasukan.’

Advertisements

Kini, pengendali dari Jerman itu sedang melakukan persediaan terbaik untuk menghadapi aksi separuh akhir yang berkemungkinan berdepan Vietnam atau Thailand.

Laos juga sedang mempersiapkan bakat-bakat muda yang menyerlah dalam kejohanan ini untuk diserap ke dalam pasukan utama.

‘Saya tumpu kepada proses jangka panjang untuk melihat pemain yang boleh di serap ke skuad senior kebangsaan dan ia menjadi pembangunan yang baik bagi pasukan Laos,’ – katanya yang juga merupakan ketua jurulatih utama Laos.

Advertisements

Laos sudah pastinya sedang bermotivasi tinggi untuk terus memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram