Latihan Tambahan & Kerja Keras Jadi Azimat Mukhairi Ajmal Bersama Selangor
Liga Super
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Menjelang aksi Liga Super Selangor menentang Terengganu malam ini, Mukhairi Ajmal pastinya berharap dapat dikekalkan dalam kesebelasan utama Merah Kuning. Ini bagi membolehkannya membalas kepercayaan jurulatih Tan Cheng Hoe dan menterjemah kerja kerasnya dalam latihan semasa perlawanan.

Mukhairi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Sri Pahang pada Sabtu lepas selepas membantu Selangor menang 4-0. Dua gol yang disumbangnya memastikan Gergasi Merah mara ke suku akhir dengan keputusan yang selesa.

Advertisements

“Sebenarnya, setiap kali latihan saya selalu buat latihan tambahan. Sebab Coach Tan (Cheng Hoe) selalu cakap, ‘Untuk pemain muda, satu jam ekstra pun takpe untuk korang buat ekstra.’ Dan alhamdulillah, saya dapat jaringkan gol dari luar kotak penalti.

Advertisements

“Saya rasa latihan tambahan itu beri impak kepada saya. Yalah, bila kita cuba-cuba masa latihan, alhamdulillah dalam gol kita buat. Ia akan jadi auto masa dalam perlawanan, alhamdulillah,” katanya.

Dengan aksi menentang Terengganu merupakan perlawanan terakhir pada bulan Ramadan, Mukhairi mahu membantu pasukan meraih kemenangan sebelum pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri.

Advertisements

“Sebelum saya balik ke kampung, saya berharap pasukan Selangor dapat menang dan mendapat mata dalam bulan Ramadan. Kelebihan kepada kita, saya harap kita dapat meneruskan momentum kemenangan ini,” tambahnya.

News Comments Account