Kelab Jepun, Urawa Reds mendapat sokongan padu penyokong mereka biarpun beraksi di gelanggang lawan hari ini.
Urawa yang juga juara ACL musim 2022 itu turun menentang Kashima Antlers di Stadium Bola Sepak Kashima.
Biarpun beraksi di gelanggang lawan, penyokong The Red Devils memastikan kehadiran mereka disedari oleh penyokong Kashima.
Sebelum perlawanan bermula, mereka membuat tifo besar yang berbunyi ‘True Red’ atau ‘Merah Sebenar’ yang merujuk kepada nama kelab itu.
Imej tifo berkenaan menarik minat ramai peminat bola sepak apabila dimuatnaik di media sosial. Ini menunjukkan betapa setianya penyokong Urawa terhadap pasukan kesayangan mereka itu.
Bagaimanapun, The Red Devils terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat tanpa jaringan oleh Kashima hari ini.
Keputusan ini meletakkan mereka di tangga ketiga liga dengan 54 mata – lapan mata di belakang pendahulu liga, Vissel Kobe.
Dengan baki tiga perlawanan, Urawa memerlukan keajaiban sekiranya mahu memintas Kobe dan sekaligus bergelar juara J1 League musim ini.