Lawan Di Sepanyol, JDT Pintas Ranking Cardiff City Sekelip Mata
MakanBola
JST/CCFC

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta fenomena apabila memintas kedudukan kelab besar England, Cardiff City.

Juara bertahan Liga Super 11 kali berturut-turut itu sudah pun tiba di Sepanyol bagi aksi pra-musim dengan 8 lawan handalan dari serata dunia sudah menanti.

Skuad kendalian Xisco Munoz itu bagaimanapun bakal berdepan cabaran Cardiff City, salah sebuah kelab yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu ketika dahulu.

Kedudukan kedua-dua pasukan ini mencuri tumpuan selepas skuad Harimau Selatan yang beraksi di Liga Super Malaysia berjaya memintas ranking Cardiff City kendalian Brian Barry-Murphy.

Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan bahawa JDT kini menduduki tangga ke-10 di Asia dan merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara.

JDT juga mencatatkan 79.9 mata dan merupakan pasukan ke-249 terbaik di dunia berdasarkan kedudukan semasa.

Situasi berbeza melanda Cardiff City yang kini beraksi di League One (Divisyen 3) England apabila mengumpul 76.7 mata dan hanya berada di tangga ke-419 dunia sekali gus mencatatkan perbezaaan 170 tangga dengan JDT.

Aksi JDT dan Cardiff City dijadual berlangsung pada 9 Julai 2025 dengan tempoh 22 hari skuad Harimau Selatan akan dimanfaatkan menerusi beberapa lagi aksi kompetitif di sana.