Lebih Menyala, Lebih Laju: Mizuno Perkenal Koleksi Baharu 2026
MakanBola
Mizuno Football/Mizuno Malaysia

Jenama sukan terkemuka Jepun, Mizuno, terus mengukuhkan pengaruhnya dalam arena bola sepak Malaysia menerusi pelancaran pilihan warna terbaharu bagi tiga model but utama mereka bermula 11 Februari 2026.

Koleksi kali ini tampil dengan sentuhan lebih segar dan berani, sekali gus memberikan tarikan baharu buat pemain dari segenap lapisan serta peminat bola sepak tanah air.

Mengangkat tema White, Pink Tetra dan Fuchsia Purple, kombinasi warna yang diperkenalkan memberi identiti lebih menyerlah atas padang tanpa menjejaskan elemen klasik yang sinonim dengan jenama terkemuka di Asia ini.

Sentuhan ini ditambah baik dengan sentuhan reka bentu moden dan kemas – sesuai untuk pemain yang mahu tampil berbeza pada setiap perlawanan.

Model Mizuno Alpha 3 kini diperkenalkan dengan padanan White dan Fuchsia Purple pada harga RM1,159. But ini terkenal dengan ciri ringannya serta sokongan optimum untuk pecutan – menjadikannya antara pilihan utama dalam kalangan pemain yang mengutamakan kelajuan dan pergerakan agresif ketika beraksi.

Pentas Liga Super Malaysia 2025-26 menyaksikan model berkenaan turut menjadi pilihan utama beberapa nama besar seperti Afiq Fazail, Syihan Hazmi dan Manuel Hidalgo, selain pemain muda berbakat negara, Mukhairi Ajmal dan Harith Haiqal.

Kehadiran model yang menjadi pilihan utama dalam kalangan pemain elit tempatan ini mencerminkan reputasi kukuh Mizuno sebagai antara but berprestasi tinggi yang pilihan pemain profesional di Malaysia.

Bagi yang menggemari sentuhan kulit kangaru premium, siri Morelia Neo IV turut diperkenalkan dalam dua versi berbeza. Model Morelia Neo IV ditawarkan pada harga RM999. Model ini signifikan bagi pemain yang mementingkan keselesaan dan kawalan bola yang konsisten selain elemen sentuhan dan kestabilan menjadi aspek utama rekaan but ini.

Antara pemain yang memilih model ini termasuk kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue, selain Endrick Dos Santos dan pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharuddin.

Versi Morelia Neo IV βeta pula tampil sedikit berbeza, menekankan elemen binaan lebih ringan dan reka bentuk lebih moden pada harga pemula RM1,159. Seni bina kelas pertama yang ditampilkan oleh Mizuno ini menjadikannya pilihan utama dalam kalangan pemain pertahanan utama pasukan kebangsaan seperti Dominic Tan, Daniel Ting, Azam Azmi dan Zikri Khalili.

Koleksi terbaharu keluaran Mizuno ini boleh didapati bermula 11 Februari 2026 di cawangan terpilih serta pengedar sah Mizuno Malaysia di seluruh negara termasuk Al-Ikhsan Sports, Nemuree Shop, FJ Sports Pro dan Project Sport Cheras.

Sentuhan edisi warna segar serta reputasi prestasi di peringkat tertinggi, koleksi ini dijangka mendapat sambutan luar biasa peminat bola sepak tempatan seperti edisi sebelumnya. Bagi yang berminat dengan ketiga-tiga koleksi terbaharu ini, disarankan mendapatkan pasangan pilihan lebih awal yang sudah pasti menjadi rebutan pencinta but keluaran Mizuno.