Lee Chong Wei Tegaskan Kepentingan Sertai RTG Buat Atlet Malaysia
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors

Legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei berharap atlet Malaysia memanfaatkan peluang menyertai program Road to Gold (RTG).

Ini kerana program tersebut memberi banyak manfaat terutama bagi atlet negara yang berstatus profesional.

Ad

“Untuk saya sebagai bekas atlet, sudah tentu gembira kalau kita dapat peluang macam ini daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Ad

“Sebab ia bukan sahaja tambah wang tetapi juga perkhidmatan sokongan. Jadi saya harap untuk kali ini, semua atlet akan tandatangan untuk RTG.

“Sebab sebelum ini ada satu atlet yang tidak tandatangan untuk masuk program RTG.”

Ad

Program RTG kali ini menyaksikan 16 atlet tersenarai. Antara yang terpilih ialah Lee Zii Jia (badminton), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Shah Firdaus Sahrom (berbasikal) dan Aniq Kasdan (angkat berat).

Ad

RTG dilihat sebagai program sokongan buat atlet yang terpilih sebagai prospek pingat di pentas Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments