Lee Tuck Beri Sokongan Buat Malaysia Dari Jauh
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Lee Tuck bersama dua anak perempuannya dilihat memakai baju Malaysia di England, sebagai tanda sokongan perjuangan dari jauh buat Harimau Malaya di Piala Asia.

Gambar itu dikongsi menerusi laman sosial Instagram miliknya pagi tadi, menunjukkan beliau dan dua anak perempuannya menyarung jersi Harimau Malaya.

View this post on Instagram

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck)

Ad

“Bermain bola sepak pada tengah hari Sabtu bersama anak perempuan Melayu saya” kata Lee Tuck.

Ad

Bintang berusia 36 tahun itu, kali terakhir menyarung jersi Kedah Darul Aman FC pada Julai tahun 2023, namun membuat keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama.

Beliau juga membuat keputusan untuk pulang ke negara kelahirannya, England sekaligus menguatkan spekulasi bahawa dirinya tidak lagi beraksi secara profesional.

Ad
Ad

Lee Tuck direkodkan di dalam saingan Liga Super dengan 68 penampilan, 22 jaringan gol dan 16 bantuan gol. Manakala di dalam saingan Liga Malaysia 2 penampialn bersama 2 jaringan gol.

Ad

Bagaimanapun, masa depan pemain ini masih belum ada noktah selepas tiada pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.