Nama bekas pemain Malaysia, Lee Tuck kembali menjadi bualan peminat bola sepak negara.
Ini selepas bekas penyerang Terengganu FC itu muncul juara HYROX Asian Championship untuk kategori 35-39.
Lebih menarik, ini kali kedua Tuck bergelar juara dalam kategori sama selepas melakukannya untuk edisi 2023-2024.
Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu menyifatkan pengorbanan yang dilakukan untuk meraih pencapaian tersebut sebagai berbaloi.
“Satu perasaan yang hebat apabila semua pengorbanan yang dibuat berbaloi dan matlamat di mana anda memberi komitmen penuh akhirnya dapat dicapai.
“Pingat emas dua kali berturut-turut di HYROX Asian Championship! Bangsa berbeza. Negara berbeza, Cabaran berbeza. Mentaliti sama – datang, bertanding dan berikan segalanya.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong saya – kawan-kawan, keluarga, penaja dan semua orang yang menyumbang untuk merealisasikan pencapaian ini. Kita akan mencuba lagi. Satu lagi peringkat dibuka,” katanya di Instagram.
Meskipun kini sudah bersara dari dunia bola sepak, Tuck terus membuktikan kecintaannya kepada Malaysia terus membara.