Lee Tuck Sah Jadi Pemain Malaysia
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Lee Tuck secara rasminya kini bergelar selaku warganegara Malaysia.

Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu merupakan warganegara England namun sudah beberapa tahun beraksi di Liga Malaysia.

Bekas bintang Terengganu FC ini membuat pengumuman secara rasmi berkenaan status kewarganegaraan yang baru sahaja diterimanya hari ini.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan di laman Instagram rasminya, Lee Tuck bersyukur apabila beliau sudah pun menerima kewarganegaraan Malaysia selepas menempuh pelbagai onak dan duri sebelum ini.

“Saya menembuh jalan yang berliku dan berkorban untuk sampai ke sini namun saya tidak akan melepaskan kesempatan ini.”

Beliau juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan juga pengerusi Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah selain Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Mohammed Suffian Awang yang membantu beliau.

Advertisements

Pengumuman ini juga memastikan bahawa khidmat beliau secara rasminya boleh didaftarkan dalam kuota pemain tempatan sekaligus memberikan kelebihan buat pauskan yang diwakilinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram