Lee Zii Jia Antara 16 Atlet Malaysia Dalam Program Road To Gold
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Sponsors

Nama jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia antara 16 atlet Malaysia yang berada di dalam program Road To Gold (RTG).

Pengumuman ini dibuat oleh Penyelaras Program RTG, Stuart Ramalingam yang menyaksikan seramai 16 atlet tersenarai di dalam program ini yang turut dihadiri Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh.

Ad

Daripada keseluruhan 16 atlet yang disenaraikan, 13 terdiri daripada pemain badminton, sementara dua orang adalah pelumba basikal trek negara dan seorang jaguh angkat berat.

Ad

Aaron Chia mengetuai senarai 13 pemain badminton tersebut sambil diikuti Soh Wooi Yik dengan Lee Zii Jia, Pearly Tan, M. Thinaah, Chen Tang Jie serta Toh Ee Wei turut berada sama.

6 lagi pemain badminton terdiri daripada 3 pasangan beregu negara iaitu Nur Izzuddin, Goh Sze Fei, Man Wei Chong, Tee Kai Wun, Goh Soon Huat dan Shevon Lai yang melengkapkan senarai.

Ad

Sementara, dua pelumba berbasikal trek negara iaitu Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati juga berada di dalam senarai program ini dengan masing-masing berada di ranking ke-6 dan 9 dunia.

Ad

Aniq Kasdan yang memecahkan rekod kebangsaan ketika di temasyan Olimpik Paris 2024 lalu menjadi wakil tunggal dari sukan angkat berat untuk berada di dalam program tersebut.

Ad

Program RTG kali ini menyaksikan tiada kelibat atlet dari sukan terjun yang terpilih.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments