Lee Zii Jia Bersyukur Raih Pingat Gangsa Olimpik
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui beliau cukup bersyukur kerana berpeluang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024.

Sebelum bertolak ke Paris, Perancis untuk saingan Olimpik, bekas juara All England Open 2022 itu memiliki hasrat untuk meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara perseorangan lelaki.

Ad
Sponsors

Hajat Zii Jia tidak kesampaian apabila langkahnya disekat jaguh Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir.

Ad

Bekas juara Arctic Open 2023 itu mengakui merasa kecewa kerana gagal mara ke final Sukan Olimpik 2024. Situasi ini menyebabkan Zii Jia ragu-ragu sama ada hendak memburu pingat gangsa atau tak.

Pada akhirnya, anak jati Alor Setar, Kedah itu membulatkan tekad untuk memenangi pingat gangsa demi Malaysia.

Ad

“Saya fikir saya cukup bersyukur apabila kita memenangi pingat gangsa (Sukan Olimpik 2024). Kerana sehari sebelum perlawanan penentuan pingat gangsa, saya ada terfikir kenapa kita gagal dapatkan pingat emas?” katanya kepada CGTN Sports.

Ad

“Jadi, pada ketika itu, saya teragak-agak sama ada nak dapatkan pingat gangsa atau sebaliknya. Tapi saya masih bertuah kerana mendapat peluang dan memenangi (pingat gangsa).

Ad

“Itu lebih baik daripada tiada apa-apa, kan? Ada sesetengah pemain seperti (Anders) Antonsen, mereka melakukan yang terbaik. Ini bukan mudah buat mereka jadi bila ada peluang, anda perlu manfaatkannya.”

Zii Jia meraih pingat gangsa dengan menewaskan jaguh India, Lakshya Sen. Beliau dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 13-21, 21-16, 21-11.

Kejayaan itu menyaksikan beliau mengikut jejak Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemenang pingat Olimpik negara.

Zii Jia kini dalam proses pemulihan kecederaan selepas memilih untuk tidak beraksi dalam tiga kejohanan awal tahun 2025. Juara Australian Open 2024 itu dijangka kembali beraksi dalam saingan All England Open 2025 pada Mac ini.