Legenda Liverpool Nasihatkan Harry Kane Tidak Sertai Bayern Munich
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Legenda Liverpool, Michael Owen menasihatkan penyerang berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane agar memikirkan semula perpindahannya ke Bayern Munich.

Ini kerana jika dibandingkan pencapaian Die Roten dengan beberapa kelab lain termasuk Real Madrid, beliau merasakan menjulang trofi bersama mereka bukan satu pencapaian besar.

Ini disebabkan dominasi Bayern dalam Bundesliga di mana mereka telah memenangi liga tersebut sejak musim 2012-2013. Hanya sekali dominasi Die Roten dipecahkan iaitu dari 2010 hingga 2012 di mana dua musim berkenaan dimenangi oleh Borussia Dortmund yang ketika itu dibimbing Jurgen Klopp.

Advertisements

Justeru, bekas penyerang Manchester United itu berharap Kane dapat kekal bersama Spurs dan memecahkan rekod Alan Shearer sebagai penjaring gol terbanyak EPL sepanjang zaman.

“Saya tahu Bayern Munich ialah sebuah kelab yang besar dan saya mempunyai rasa hormat yang besar terhadap mereka tetapi kalau saya Harry Kane, saya akan kekal.

“Memenangi trofi bersama mereka bukan satu pencapaian yang besar. Real Madrid saya boleh faham. Atau satu, dua kelab EPL dalam hal ini.

Advertisements

“Menjadi penjaring terbanyak Tottenham Hotspur sepanjang zaman ialah satu pencapaian yang lebih hebat daripada memenangi liga yang didominasi oleh satu pasukan,” kata Owen dalam satu catatan di X.

Dan itu berkemungkinan akan berlaku berdasarkan laporan terbaru Sky Sports. Kane dijangka kekal bersama Spurs biarpun kelab utara London itu sudah bersetuju dengan tawaran perpindahan £100 juta (RM583 juta) yang dibuat Bayern.

Kane dikatakan berbuat demikian kerana menikmati perubahan taktikal permainan yang diperkenalkan pengurus baru Tottenham, Ange Postecoglou.

Advertisements

Dengan baki kontrak selama setahun lagi, ada kemungkinan penyerang England itu akan memeterai kontrak baru atau meninggalkan Spurs pada akhir musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram