Legenda Man United Kritik Erik Ten Hag
EPL
Zlatan Ibrahimovic
Advertisements

Legenda Man United, Zlatan Ibrahimovic menyifatkan Erik ten Hag tidak sesuai sebagai pengendali kelab gergasi EPL itu.

Ini kerana legenda Sweden itu berpandangan melatih pemain muda sama sekali berbeza dengan melatih pemain-pemain yang berstatus elit.

Disebabkan ketiadaan pengalaman mengendalikan pemain-pemain sebegitu, Ibrahimovic percaya ia sedikit sebanyak menyumbang kepada krisis yang dihadapi beliau dan United ketika ini.

Advertisements

“Apa pengalaman jurulatih itu (Erik ten Hag)? Bakat-bakat muda kemudian beliau datang ke United.. Man United perlukan mentaliti berbeza, pemain berbeza.

“Anda datang ke United, anda lakukan perkara sama,” katanya bila ditemubual Piers Morgan untuk program bual bicara Piers Morgan Uncensored.

Kenyataan Ibrahimovic turut disokong dengan 17 rekod ‘baru’ dicipta ten Hag sejak tiba di Old Trafford pada musim lepas.

Advertisements

Antara rekod yang dipetik penyokong ialah dua kali tewas berturut-turut kepada Brighton dan empat kali kalah dalam tujuh perlawanan pembukaan EPL.

Sekiranya The Red Devils gagal menewaskan Brentford pada hujung minggu ini, ini bakal menambah ketidaktentuan pada kedudukannya sebagai pengurus United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram