Leicester City Kembali Ke EPL
MakanBola
Leicester City FC
Sponsors

Leicester City ceria apabila pasukan yang berpangkalan di East Midlands itu kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Kejayaan itu diraih apabila pesaing terdekat mereka dalam Liga Kejohanan, Leeds United dibelasah Queens Park Rangers (QPR) 4-0 di Loftus Road awal pagi ini.

Ad

Tuan rumah yang mahu mengelak diheret ke zon penyingkiran Liga Kejohanan menyumbat dua gol pada babak pertama menerusi Ilias Chair dan Lucas Andersen.

Ad

Dua lagi gol QPR pada babak kedua menerusi Lyndon Dykes dan Sam Field meranapkan terus impian juara liga yang dicari Leeds.

Sebaik berita ini tersebar, barisan pemain dan penyokong Leicester bersorak kerana dapat kembali bersaing dalam EPL.

Ad

The Foxes yang dibimbing bekas penolong jurulatih Manchester City, Enzo Maresca berpotensi naik pangkat sebagai juara Liga Kejohanan musim 2023/24.

Ad

Mereka bukan saja perlu mengharapkan bantuan Hull City menewaskan pasukan di tempat ketiga liga, Ipswich Town hari ini.

Ad

Malah, Leicester perlu meraih kemenangan ke atas Preston North End untuk perlawanan liga seterusnya pada Isnin ini.

Leicester juga berada pada kedudukan baik untuk menamatkan Liga Kejohanan musim ini dengan 100 mata. Ketika ini, The Foxes memiliki 94 mata dengan baki dua perlawanan.

Leeds United masih berpeluang mengiringi Leicester sebagai naib juara dengan syarat Ipswich tewas kepada Hull dan mereka menang ke atas Southampton pada 4 Mei.