Leong Jun Hao Malukan Jonatan Christie Depan Penyokong Indonesia
UltraSukan
Sponsors

Jaguh badminton Malaysia, Leong Jun Hao terus melakar kejutan dalam arena badminton antarabangsa dengan menewaskan Jonatan Christie dalam aksi pusingan pertama Indonesia Open 2024.

Kejayaan ini cukup mengejutkan kerana status Christie sebagai jaguh perseorangan lelaki ketiga terbaik dunia jika dibandingkan dirinya yang berstatus pemain ke-32 dunia.

Ad

Beraksi di Istora Senayan, kelebihan tampak memihak kepada Christie kerana mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

Ad

Situasi ini langsung tidak menggentarkan Jun Hao dengan beliau menguasai set pertama. Meskipun cuba diberi tentangan oleh juara All England 2024 itu, pemain berusia 24 tahun itu menang dengan keputusan 21-13.

Christie kemudiannya bangkit pada set kedua. Beberapa kesilapan yang dilakukan Jun Hao pantas dimanfaatkan beliau bagi meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-16.

Ad

Situasi ini menyebabkan perlawanan diheret ke set penentuan untuk menentukan pemenang. Sorakan padu penyokong di Istora Senayan untuk Christie berjaya ditenggelamkan Jun Hao sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-12.

Ad

Sebelum ini, nama bekas juara Malaysia Masters 2023 itu makin dikenali apabila mengejutkan bekas juara Singapore Open 2023, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan kedua kejohanan itu pada minggu lepas.

Ad

Selepas ini, Jun Hao bakal berdepan jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi pusingan kedua Indonesia Open 2024 yang bakal berlangsung pada hari esok.