“Lepas Aksi Negeri Sembilan, Pemain Buat Satu Tindakan”
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Pemain Kedah Darul Aman dikesan melakukan satu tindakan selepas aksi menentang Negeri Sembilan.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain yang memaklumkan bahawa pemain masih sanggup turun beraksi walaupun menghadapi pelbagai kemelut.

Ad

“Terima kasih kepada pemain yang turun bermain ntuk Kedah walaupun kita lihat sebelum perlawanan agak sukar untuk kita tetapi pengorbanan pemain amat luar biasa.

Ad

“Pada bulan ni, kita hanya ada 6 sesi latihan sahaja kerana selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan, pemain telah melakukan satu tindakan.

“Bermula dari aksi menentang kelab Indonesia lagi sebenarnya tetapi pemain merelakan diri untuk bermain dengan hanya dua sesi latihan.

Ad

Nafuzi juga berterima kasih atas sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pemain untuk kekal berjuang di atas padang.

Ad

“Pemain menunjukkan sikap profesionalisme yang amat tinggi. Kita tahu pemain amat sayangkan Kedah dan walaupun belum selesai apa-apa, pemain sanggup bermain,” jelasnya ketika sesi sidang media selepas menentang Sri Pahang.

Ad

Aksi seterusnya menyaksikan Kedah akan menentang pada 19 Oktober 2024 menentang Terengganu di Darul Aman.