Lepas Meledak Di ACL, Akaun IG Juan Muniz Tiba-Tiba Digodam?
ACL
Johor Southern Tigers / Instagram
Advertisements

Akaun laman media sosial perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz Gallego iaitu Instagram telah digodam.

Sebaik sahaja tamat aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan BG Pathum United di Stadium Pathum Thani sebentar tadi, akaun Instagram Juan Muniz tiba-tiba bertukar wajah.

Akaun Instagram tersebut kini memaparkan wajah seorang wanita yang menggunakan nama Dnya Adl Abdul. Bio Instagram Juan Muniz sebelum ini turut ditukar kepada profesion sebagai producer televisyen.

Advertisements

Instagram yang memiliki sekitar 32.7 ribu pengikut itu kini dilihat telah ditukar sepenuhnya. Gambar-gambar yang pernah dimuat naik Muniz ketika bersama JDT sebelum ini semuanya juga telahpun dipadam.

Ketika perlawanan bertemu BG pathum sebentar tadi, Juan Muniz berjaya menyumbang satu jaringan buat skuad Harimau Selatan ketika menundukkan BG Pathum, 4-2. Jaringan kencang Muniz gagal diselamatkan penjaga gol BG Pathum, untuk gol ketiga anak buah kendalian Tano Solari.

JDT selepas ini bakal meneruskan perjalanan di kempen Piala Malaysia 2023 berdepan Perak di peringkat suku akhir sebelum kembali di pentas ACL, bertemu wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada 24 Oktober 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram