Lesen Kelantan Ditangguhkan, Ini 13 Kelab Bagi Saingan Liga Super 24/25
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala 3 lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025.

Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober 2023 namun FIB mengambil sedikit masa untuk menyemak dokumen-dokumen sebelum membuat keputusan pada 22 November 2023.

10 kelab Liga Super musim 24/25 yang telah diberikan Lesen Kebangsaan adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Advertisements

Keadaan ini bagaimanapun menyaksikan tiga kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman adalah Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC dan Sabah FC.

“Ketiga-tiga kelab Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC dan Sabah FC diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman denda RM20,000 atas kesalahan melakukan deklarasi yang salah.”

Kelantan FC ditangguhkan lesen hingga Disember 2023, ada tunggakan gaji setakat 31 Ogos 2023. Isu pertama tunggakan gaji, FIB mengarahkan pihak kelab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pada atau sebelum 15 Nov 2023.

Advertisements

“Tarikh akhir itu bagaimanapun menyaksikan FIB tidak menerima bukti bayaran dan hanya terima surat rayuan. Hukuman pertama denda RM20 Ribu tetapi diberi peluang akhir untuk menyerahkan bukti bayaran gaji pada 31 Disember 2023.”

“Sekiranya tidak selesai, Kelantan FC tidak akan diberikan lesen. Isu kedua adalah hukuman FIFA yang dikenakan masih lagi berjalan. Kelantan perlu hantar surat deklarasi membuktikan mereka bebas hingga 30 November 2023.”

Kelantan FC sudah lengkapkan dokumen dalam peraturan pelesenan kelab namun terdapat tunggakan gaji yang tidak selesai selain tiada persetujuan antara pemain dan kelab.

Advertisements

FIB telah memutuskan untuk memberikan hukuman kedua kepada Kelantan FC dengan sekatan perpindahan MFL sehingga semua kes tempatan dan asing diselesaikan sepenuhnya.

Langkah kedua pula menyaksikan Kelantan FC perlu menghantar surat deklarasi yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan sehingga 30 November mengikut sub-kriteria kewangan F.09 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 beserta penyelesaian untuk kes-kes yang mempunyai keputusan FIFA dan FAM sebelum 31 Disember 2023.

“Sekiranya Kelantan FC telah menyelesaikan langkah pertama, Kelantan FC masih perlu menyelesaikan langkah kedua untuk menerima Lesen Kebangsaan. Namun, jika gagal di peringkat langkah pertama, Kelantan FC secara automatik tidak akan menerima Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025.”

Advertisements

Lesen Kebangsaan yang diberikan sah untuk satu musim sahaja iaitu sepanjang musim 2024 – 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram