Transfer
Persib
Advertisements

Perancang tengah Persib Bandung, Lévy Madinda secara rasminya telah meninggalkan pasukan Liga 1 Indonesia itu bagi saingan musim ini.

Advertisements

Pemain kelahiran Gabon itu menjadi tulang belakang pasukan yang menyaksikan Persib melakukan kebangkitan untuk naik ke posisi kedua liga.

Beliau memainkan watak penting di sana namun pengendali pasukan, Bojan Hodak sudah mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Advertisements

Madinda hanya kekal selama 4 bulan di Indonesia selepas beliau juga dipinjamkan pada awal saingan ke pasukan Liga Super, Negeri Sembilan sejak Februari yang lalua.

Menurut laman Transfermarkt, tempoh pinjaman bekas pemain Sabah ini sepatutnya tamat pada akhir Disember namun difahamkan mencapai persetujuan lebih awal bersama kelab.

Advertisements

Pada musim ini, beliau sudah beraksi hampir 15 perlawanan di Liga 1 Indonesia dan meledak satu gol sebelum meninggalkan pasukan.

Persib kini menghuni tangga kedua Liga Indonesia terus mempamerkan belang dan kini berada di belakang pendahulu liga, Borneo FC dengan perbezaan tiga mata sahaja.

Persib juga difahamkan dalam usaha untuk membawa masuk penjaga gol KL City, Kevin Mendoza bagi memantapkan lagi persaingan pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram