Advertisement
Levy Madinda Sertai Persib Bandung
Asia Tenggara
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Levy Madinda tidak lagi beraksi dengan Negeri Sembilan FC selepas sah dipinjamkan ke kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Pengumuman perpindahan tersebut dibuat kelab yang diberi jolokan Pangeran Biru itu di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Perpindahan pinjaman bekas pemain tengah Celta Vigo itu melengkapkan kuota pemain import yang membarisi Persib Bandung.

Selain Madinda, Persib turut menggunakan khidmat Ciro Alves, David da Silva, Nick Kuipers, Alberto Rodriguez dan Daisuke Sato sebagai awang import mereka.

Pemain tengah Gabon itu merekodkan 17 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Kali terakhir Madinda menyarung jersi skuad Rusa ialah dalam perlawanan menentang KL City FC pada 15 Julai lalu.

Berita ini dijangka memberi tamparan hebat kepada jurulatih Hoben Jang Hoben, K. Devan. Ini kerana beliau tidak dapat menambah pemain dalam tetingkap perpindahan kedua bagi menggantikan beberapa orang tonggak skuad Rusa yang cedera atau meninggalkan pasukan.

Dengan ketiadaan Madinda dan sebelumnya, Safuwan Baharudin, Negeri Sembilan FC kini perlu bergantung kepada bek tengah Perancis, Herold Goulon dan penyerang Brazil, Casagrande sebagai tenaga import mereka.