UltraSukan

Lewis Hamilton Laung Slogan Bebas Palestin

Hamilton Scuderia Ferrari HP Lewis Hamilton Laung Slogan Bebas Palestin
Scuderia Ferrari HP
Advertisements

Legenda Formula 1 (F1), Sir Lewis Hamilton terus konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Terbaru, pelumba Ferrari melaungkan slogan sama dalam sidang media menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (US).

Apabila ditanya tentang Rwanda menjadi negara terbaru menganjurkan perlumbaan F1, Hamilton melihat ini peluang terbaik buat benua Afrika menjadi tuan rumah perlumbaan tersebut.

Beliau turut melihat banyak masalah yang timbul hari ini berpunca daripada isu kolonialisme dan campur tangan Barat.

“Pergi ke sana tidak bermakna anda mengabaikan perkara-perkara yang berlaku di situ,” katanya seperti dilaporkan Middle East Eye.

“Saya fikir kita kena pastikan bahawa kita menyokong (slogan) Bebas Congo, Bebas Sudan, Bebas Syria dan Bebas Palestin.

“Saya fikir terdapat banyak keamanan di mana saya berharap kita dapat mencapainya pada satu ketika.

Hamilton cukup dikenali dengan pendirian konsistennya menyokong Palestin sejak dari dulu lagi. Pada September 2025 saja, beliau mengkritik krisis kemanusiaan di Gaza dan telah menderma kepada tiga badan kebajikan untuk usaha kemanusiaan di sana.