Liga 1: Bali United Benam Cabaran PSS Sleman
MakanBola
Bali United FC
Sponsors

Kelab Liga 1 Indonesia, Bali United terus menghambat Persib Bandung yang menduduki tempat kedua selepas menewaskan PSS Sleman.

Serdadu Tridatu tahu satu lagi kemenangan bakal merapatkan jurang mata mereka dengan Persib Bandung yang menduduki tempat kedua kepada satu mata.

Ad
Sponsors

Manakala Laskar Sembada pula memerlukan kemenangan bagi menjauhkan mereka daripada Arema yang menduduki tangga ke-16.

Ad

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan lasak bagi mendapatkan kelebihan awal.

Ini mengakibatkan Hokky Caraka (PSS Sleman) dan Ardi Idrus (Bali United) masing-masing dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Ad

Gol yang dicari pelawat akhirnya muncul pada minit ke-34 menerusi Mohammed Rashid. Rashid mudah menewaskan Anthony Pinthus selepas menerima hantaran daripada Ardi.

Ad

Tuan rumah cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, kedua-dua pasukan membuat pertukaran bagi menambah sengat pada jentera serangan masing-masing.

Malangnya, gol penyamaan yang dicari anak-anak buah Marian Mihail tidak kunjung tiba.

Ini disebabkan usaha keras yang dipamerkan barisan pertahanan Bali United diketuai bek tengah Thailand, Elias Dolah mempertahankan keputusan 1-0 mereka.

Pada akhirnya, anak-anak buah Stefano Cugurra meraih tiga mata penuh. Kemenangan ini membolehkan mereka kembali mengalihkan fokus kepada aksi Piala AFC.

Serdadu Tridatu berharap dapat menggunakan kelebihan gelanggang sendiri bila berdepan Central Coast Mariners dalam aksi keempat Kumpulan G pada 8 November ini.