Advertisements
Liga 1: Bali United Diikat Persija Jakarta
Asia Tenggara
MakanBola

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Persija Jakarta menentang pasukan Bali United.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga menyaksikan keputusan seri diraih kedua pasukan.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat, Bali United mendahului perlawanan. Wakil Indonesia di pentas Piala AFC ini berjaya mencetak jaringan pertama perlawnanan menerusi Rahmat Arjuna.

Pemain muda berusia 19 tahun ini berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Persija sebelum membuat tampanan menewaskan penjaga gol Persija, Andritany Ardhiyasa. Jaringan tersebut memastikan Bali United mendahului aksi di separuh masa pertama, 1-0.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Persija Jakarta bermula garang apabila terus menerus melancarkan serangan.

Giliran Persija untuk meledak akhirnya hadir pada minit ke-74 permainan apabila pertahanan import dari Czech Republik, Ondrej Kudela mencatat nama sebagai penjaring.

Jaringan Ondrej Kudela memastikan maruah pasukan tuan rumah, Persija Jakarta tidak tercalar. Perlawanan tamat, Persija Jakarta 1-1 Bali United.

Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan Bali United akan meneruskan kempen di Liga 1 bertemu pasukan Persikabo pada Jumaat, 29 September sebelum meneruskan aksi di saingan Piala AFC bertemu Terengganu, pada Selasa 4 Oktober 2023 di Stadium Kapten Wayan, Bali Indonesia.