Advertising
Liga 1: Bali United Sekat Perjuangan Hebat Madura United
MakanBola
Bali United FC

Keinginan Bali United mencari tonik semangat sebelum aksi Piala AFC 2023 berjaya apabila mereka mengalahkan Madura United 2-1 hari ini.

Biarpun pincang tanpa beberapa tonggak, Madura berjaya meraih gol awal pada babak pertama. Gol tersebut dijaringkan Junior Brandao pada minit ke-16.

Gol tersebut merupakan gol kesembilan penyerang Brazil itu bersama Sape Kerrab musim ini selepas menyertai kelab pada Julai lalu.

Ad

Tersentak, Bali yang dibimbing Stefano ‘Teco’ Cugurra bangkit mengasak bagi mendapatkan gol penyamaan.

Ad

Hasilnya, Muhammad Rahmat menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-21. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Ad
Ad

Bersambung pada babak kedua, Teco memasukkan Elias Dolah bagi memantapkan barisan pertahanan pelawat.

Ad

Percaturan jurulatih Brazil itu membuahkan hasil apabila Serdadu Tridatu mendahului tuan rumah pada minit ke-55 menerusi Irfan Jaya.

Ini merupakan gol kedua beliau dalam penampilan ke-14 dalam semua kejohanan untuk Bali United.

Perlawanan mula panas dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi fizikal. Ini memaksa pengadil melayangkan kad kuning untuk mengawal disiplin kedua-dua pasukan.

Dengan perlawanan berbaki kurang daripada 10 minit, tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan. Bagaimanapun, barisan pertahanan Serdadu Tridatu memastikan mereka pulang dengan tiga mata.

Keputusan ini melonjakkan Bali United untuk seketika ke tangga kedua liga dengan 36 mata. Sementara Madura pula jatuh ke tangga keenam liga dengan 31 mata.

Kemenangan ini amat membantu Serdadu Tridatu bila mereka berdepan Stallions Laguna pada 29 November ini.