Ads
Asia Tenggara
Bhayangkara FC

Skuad Bhayangkara yang berwajah baru bertuah dapat meraih satu mata selepas bangkit mengikat PSM Makassar 1-1 dalam aksi terbaru Liga 1 Indonesia.

Advertisements

Ramai penyokong tidak sabar melihat legenda Belgium berdarah Indonesia, Radja Nainggolan membuat penampilan hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, BolaSport melaporkan Nainggolan tidak diturunkan jurulatih Mario Gomez selepas mengalami sedikit kecederaan kaki.

Advertisements

Advertisements

Itu tidak menghalang bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu menurunkan barisan pemain baru seperti Junior Brandao dan Witan Sulaeman.

Sementara PSM pula berharap dapat meraih kemenangan hari ini walaupun terus dibelenggu kemelut kewangan yang semakin meruncing.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang serangan. Keadaan ini memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Perlawanan mula rancak pada babak kedua. Juku Eja yang dibimbing Bernardo Tavares itu mula mengasak dan berjaya meraih gol pendahuluan menerusi Kenzo Nambu pada minit ke-59.

Tersentak, BFC mula melancarkan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan. Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-78 menerusi Brandao.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan tetapi pada akhirnya, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Keputusan ini bukanlah yang dimahukan oleh Gomez dan Tavares berdasarkan kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam liga.

PSM dan BFC masing-masing kekal di tangga ke-10 dan ke-18 liga dengan 28 dan 12 mata.

Juku Eja bakal menamatkan kempen Piala AFC dengan menentang Sabah FC pada 14 Disember ini.

Advertisements

Sementara Bhayangkara pula memburu kemenangan kedua mereka sejak Ogos lalu dengan menentang Persita pada 17 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram