Liga 1: Bojan Hodak Bawa Persib Tewaskan Persita 5-0
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Persib Bandung tepati ramalan apabila berjaya menewaskan pasukan Persita dalam aksi Liga 1 Indonesia hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bandung menyaksikan anak buah Bojan Hodak mencatat kemenangan bergaya mengatasi Persita, 5-0.

Seawal minit kesembilan perlawanan, import berbisa Persib, David da Silva memecah kebuntuan perlawanan selepas memanfaatkan hantaran sepakan percuma daripada Edo Febriansah.

Sebelum tamat babak separuh masa pertama, Edo Febrianshah mencatat nama sebagai penjaring untuk jaringan kedua Persib. Separuh masa pertama tamat, Persib 2-0 Persita.

Advertisements

Bersambung aksi di separuh masa kedua, David da Silva terus menggandakan jaringan buat pasukan tuan rumah untuk gol ketiga Persib pada minit ke-48 permainan.

Import dari Brazil ini melengkapkan malam gemilang Persib apabila cemerlang mencatat hatrik selepas memanfaatkan hantaran daripada Marc Klok. Ledakan David da Silva gagal diselamatkan penjaga gol Persita, Rendy Oscario.

Sebelum tamat perlawanan, pemain gantian Persib, Frets Butuan mencatat gol kelima buat Persib. Perlawanan tamat, Persib 5-0 Persita.

Advertisements

Selepas mengharungi 14 perlawanan, skuad kendalian Bojan Hodak ini kini menghuni tangga ketiga dalam carta BRI Liga 1 Indonesia dengan 24 mata dicatat selepas enam kemenangan.

Pasukan Persib bakal meneruskan aksi liga berdepan Persebaya pada Sabtu, 7 Oktober 2023 sementara Persita bakal bertemu pasukan Persik pada Ahad, 8 Oktober 2023 di Stadium Indomilik Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram