Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin difahamkan menjadi pengadil dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Perkara ini dikongsikan oleh Galeri Sepakbola Indonesia yang memaklumkan bahwa Nazmi Nasaruddin menjadi jurulatih asing yang kedua kendalikan Liga 1 Indonesia.
Pengadil berasal dari Pulau Pinang itu telah menjadi pengadil kedua bagi perlawanan Malut United menentang Bali United semalam.
Pada awal tahun ini, Nazmi Nasaruddin telah dipilih bagi menyertai kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026.
Sepanjang tahun 2023 lepas, Nazmi juga telah diberi peluang untuk mengadili enam perlawanan AFC Champions League yang mengunakan VAR.
Bukan itu sahaja, beliau turut pernah dijemput mengadili beberapa perlawanan dalam saingan Liga Arab Saudi musim 2023.