Liga 1: Pemain Borneo ‘Bantu’ Persib Bandung Dari Diaibkan
MakanBola
Borneo Samarinda
Sponsors

Aksi ke-16 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Borneo dan Persib Bandung.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Segiri menyaksikan kedua pasukan mengutip satu mata.

Ad
Sponsors

Seawal minit ke-15 permainan, pertahanan kiri Borneo, Leo Guntara menghasilkan gol pembukaan. Percubaan kencang Guntara dari luar kotak penalti cantik menggegar jaring Persib Bandung.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Borneo 1-0 Persib Bandung.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, pengendali Persib, Bojan Hodak melakukan beberapa pertukaran pemain untuk meraih jaringan pertama.

Ad

Serangan dan gerakan yang diatur pasukan Persib beberapa kali sempat digagalkan pertahanan Borneo Samarinda.

Ad

Sebelum tamat perlawanan, Persib akhirnya berjaya menyamakan kedudukan. Kemasukan pemain gantian, Ezra Willian berjaya membuat pertahanan Borneo, Agung Prasetyo melakukan kesilapan sekaligus menjaringkan gol sendiri.

Ad

Perlawanan tamat, Borneo 1-1 Persib.

Dalam carta Liga 1 Indonesia kini, Persib kini menghuni tangga ketiga liga selepas 16 perlawanan. Tujuh kemenangan berjaya dicatat anak buah Bojan Hodak dengan 28 mata diraih pasukan.

Persib bakal berdepan PSS Slemen pada aksi seterusnya sementara Borneo bakal berdepan pasukan diwakili pertahanan kebangsaan, Junior Eldstal iaitu Dewa United pada Sabtu 28 Oktober.