Advertisements
Liga 1: Persib Bandung Bangkit, Tewaskan Persebaya
Asia Tenggara
MakanBola
Persib Bandung

Aksi ke-15 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Persebaya dan Persib Bandung.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata mengatasi pasukan lawan.

Separuh masa pertama berakhir dengan dua gol berjaya dicetak pasukan Persebaya yang mendahului Persib Bandung, 2-1 menerusi dua jaringan Bruno Moreira.

Biarpun Persib memecah kebuntuan seawal minit ketiga permainan, Bruno sempat memacu pasukan tuan rumah mendahului laaan menerusi jaringan pada minit kesepuluh dan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32 permainan.

Persib Bandung dibawah kendalian Bojan Hodak bagaimanapun kembali bangkit di separuh masa kedua. Persib terus melancarkan serangan demi meraih gol penyamaan.

Dua jaringan import berbisa, David da Silva memastikan Persib Bandung kembali bangkit dan mencatat kemenangan bergaya.

Pada minit ke-52 permainan, pemain dari Brazil ini memanfaatkan hantaran lintang daripada Beckham sebelum menghampakan pasukan tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-70 permainan.

Aksi tamat, Persebaya 2-3 Persib Bandung.

Magis pengendali baru Persib, Bojan Hodak terus memacu Persib apabila bekas pengendali KL City itu mencatat rekod lapan perlawanan berturut tanpa sebarang kekalahan.

Persib Bandung kini dalam kedudukan terbaik, naik ke tangga ke tiga carta Liga 1 selepas mencatat tujuh kemenangan daripada 15 perlawanan sementara Persebaya kekal di tangga keenam liga.