Liga 1: Persija Jakarta Buat PSM Makassar Termenung
Asia Tenggara
Persija Jakarta
Advertisements

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini membabitkan pertemuan antara pasukan PSM Makassar dan Persija Jakarta. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Habibie menyaksikan pasukan pelawat, Persija Jakarta mengutip tiga mata di laman lawan.

Separuh masa pertama tamat dengan jaringan menerusi Witan Sulaeman untuk Persija mendahului 1-0 dihadapan.

Pada minit ke-27 permainan, gerakan satu dua antara Ryo Matsumara dan Witan Sulaeman berjaya memerangkap pertahanan PSM Makassar. Witan Sulaeman menendang masuk bola ke gawang untuk gol pertama perlawanan.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua, Persija Jakarta tak tunggu lama untuk melebarkan kedududukan. Hantaran lintang daripada rakan sepasukan telah disempurnakan Ryo Matsumara dengan satu terpaan untuk gol kedua pasukan pelawat.

Pada minit ke-63 permainan, PSM Makassar akhirnya memecah kebuntuan menerusi Safrudin Tahar. Selang tiga minit selepas itu, Victor Mansaray pula meledak dan berjaya menyamakan kedudukan untuk gol kedua PSM Makassar.

Sebelum wisel penamat dibunyikan, Witan Sulaeman muncul wira dalam memastikan malam gemilang milik Persija Jakarta apabila rembatannya kencang mengegar jaring. Ia sekaligus menutup hasrat PSM Makassar untuk sekurangnya meraih satu mata.

Advertisements

Aksi tamat, PSM Makassar 2-3 Persija Jakarta.

Aksi seterusnya buat PSM Makassar adalah bertemu dengan Hougang United di pentas Piala AFC sementara Persija Jakarta pula bakal meneruskan aksi di kempen Liga 1 bertemu Persikabo pada Khamis, 9 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram