Advertising
Liga 1: PSM Makassar Catat Kekalahan Ke-5 Berturut, Dimalukan Madura United
Asia Tenggara
MakanBola
PSM Makassar

Aksi ke-15 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan PSM Makassar dan Madura United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora B J Habibie menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata mengatasi pasukan lawan.

Separuh masa pertama berakhir dengan satu gol berjaya dicetak pasukan Madura United yang mendahului PSM, 1-0.

Ad

Seawal minit keenam permainan, Madura United berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Malik Risaldi. Jaringan Malik gagal diselamatkam penjaga gol PSM Makassar, Reza Arya.

Ad

Babak separuh masa kedua bermula dengan jaringan tambahan berjaya dihasilkan pemain import Madura United, Lulinha. Pada minit ke-52 permainan, Lulinha menjaringkan gol selepas gerakan cantik beliau bersama import Mexico, Rivera.

Aksi tamat, PSM Makassar 0-2 Madura United.

Ad

PSM Makassar dijadualkan bertemu Arema pada Jumaat, 20 Oktober kelak sebelum kembali beraksi di pentas Piala AFC bertemu wakil Singapura, Hougang United pada 25 Oktober.

Ad

Pasukan Madura United yang kekal menghuni tangga kedua Liga 1 pula bakal berdepan pasukan tonggak pertahanan negara, Junior Eldstal iaitu Dewa United Ahad, 22 Oktober kelak.

Ad