Liga 1: PSM Makassar Tundukkan Cabaran Persikabo
Asia Tenggara
PSM Makassar
Advertisements

PSM Makassar mudah menundukkan cabaran Persikabo 1973 untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan Liga 1.

Seteru Sabah dalam kancah Piala AFC, PSM Makassar turun dengan formasi 3-5-2 manakala Persikabo tampil dengan formasi 4-3-3.

PSM bermula baik apabila mempunyai beberapa percubaaan ke arah gawang gol Persikabo dan Adilson Silva menjaringkan gol pertama pada minit ke-23.

Advertisements

5 minit kemudian, V. Mansaray menambah duka Persikabo untuk jaringan kedua perlawanan.

Bersambung babak kedua, Silva sekali lagi menembusi gawang gol Persikabo untuk gol ketiga perlawanan.

Pedro kemudian berjaya meraih gol sagu hati untuk Persikabo pada minit ke-75.

Advertisements

Tamat perlawanan, PSM Makassar menewaskan Persikabo 3-1 dan kini menghuni tangga ke-10 liga setelah mengharungi 20 perlawanan.

Persikabo pula jatuh ke tangga 17 liga dan mengutip 14 mata setelah 20 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram