Liga A1: Gol Lewat PT Athletic Ranapkan Impian Machan
MakanBola
PT Athletic/Machan FC
Sponsors

PT Athletic kembali menemui rentak kemenangan setelah berjaya menewaskan Machan di Stadium MMU pada petang Sabtu.

Dua keputusan seri yang dicatatkan oleh Putrajaya Athletic sebelum ini menyebabkan skuad kendalian Nazrulerwan kini ketinggalan 5 mata berbanding pendahulu Imigresen sementara Machan pula tumpas 2-4 dalam aksi terakhir mereka.

Ad

Tuan rumah membariskan pemain terkuatnya dengan jentera serangan diketuai oleh Amri Yahyah, Yousouf Wade dan juga Dirga Surdi bagi merobek kubu Machan yang dikawal oleh Sakri Masri.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Putrajaya Athletic FC (@putrajayaathletic)

Perlawanan bermula dengan PT Athletic yang turun berjersi serba kuning mula mengasak kawasan pelawat dengan larian-larian kencang dari sebelah kanan hasil hantaran silang Azarul Nazarith.

Ad

Setelah 30 minit beraksi, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan menerusi penjaring terbanyak pasukan, Amri Yahyah yang pantas menyambar bola muntah dari panjaga gol Machan.

Ad

Machan cuba bangkit mengatur gerak dan memiliki peluang terbaik hasil percubaan kapten, Afiq Yunos namun berjaya ditepis keluar penjaga gawang PT Athletic, Nik Amin untuk keputusan kekal sehingga rehat.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Putrajaya Athletic 1-0 Machan.

Bersambung babak kedua, pelawat yang dibimbing oleh S. Balachandran kembali memperkemas permainan dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila Azman Chuchu meledak gol penyamaan untuk kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-63.

Nazrulerwan Makmor melakukan pertukaran penting dengan memasukkan bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon bagi menambah sengat jentera serangan PT Athletic.

PT Athletic akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan menerusi jaringan Che Arif ketika permainan berbaki lapan minit untuk dimainkan untuk tuan rumah kembali di hadapan.

Aksi di Stadium MMU berakhir dengan kemenangan tipis 2-1 memihak PT Athletic.

Kemenangan ini melonjakkan kedudukan PT Athletic ke tangga kelima liga dengan tujuh mata untuk sementara waktu sementara Machan FC terus kempunan meraih mata setelah aksi berlangsung.