Liga A1: Ledakan Kogileswaran Pastikan Malaysian University Tunduk Kepada BR Damansara
MakanBola
Bunga Raya Damansara FC
Sponsors

Aksi Minggu Ke-3 Liga A1 Semi Pro menyaksikan BR Damansara mencatatkan kemenangan berdepan Malaysian University.

Kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik tatkala BR Damansara masih mengekalkan rekod kebal dalam liga.

Ad

Malaysian University telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila menundukkan PDRM sekaligus bakal berdepan JDT.

Ad

Aksi babak pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mencari gol awal.

Usaha BR Damansara membariskan tonggak terbaik seperti Kogileswaran, Sachin Samuel, Prabakaran, Sunnil Chandran dan ramai lagi membuahkan hasil.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 hasil ledakan cantik Sunnil Chandran.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Ad

Bersambung babak kedua, Malaysian University tampil dengan persembahan lebih menarik untuk mencari gol penyamaan dan mengekang BR Damansara.

Bekas penyerang kebangsaan, R. Kogileswaran menambah derita Malaysian University apabila meledak gol kedua pada minit ke-81.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

BR Damansara kini mengumpul 9 mata daripada 3 perlawanan manakala Malaysian University tanpa sebarang mata selepas satu aksi berlangsung.