Perlawanan minggu ke-5 saingan Liga A1 Semi-Pro petang ini menyaksikan Machan FC mencipta kejutan apabila berjaya membenam pendahulu liga, KL Rovers di Stadium Negeri, Kuching.
Machan FC turun tanpa jurulatih utama yang baru sahaja direhatkan. Ianya diganti oleh Edward sambil dibantu oleh Ramos Sari dan juga Ramles Sari mengambil alih tugasan yang ditinggalkan.
Sementara KL Rovers ketika ini berada di momentum terbaik selepas membelasah Harini FT.
Pada minit ke-28 permainan, Ashri Chuchu membuka jaringan pertama buat Machan FC.
Kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, tetapi KL Rover lebih menyerang selepas ketinggalan jaringan.
Separuh masa pertama tamat, KL Rovers 0-1 Machan FC.
Machan FC terus mengekalkan konsistensi seperti di separuh masa pertama, berjaya mengekang dan memberi serangan balas ke atas KL Rovers.
Pada minit ke-65 permainan, Abdul Rahman Ismawi menggandakan jaringan kedua buat Machan.
Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Machan raih 3 mata berharga di laman sendiri.
Ketika ini, KL Rovers turun ke tangga kedua dengan 10 mata, dan Machan FC naik ke tangga ke-11 Liga dengan 3 mata.