Liga A1: Manjung City Cemas Sebelum Ikat UITM United
MakanBola
Manjung City FC
Sponsors

Hasrat Manjung City FC untuk menamatkan rentetan kekalahan sebelum akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya mengikat pasukan yang menghuni tangga terbawah liga, UITM United dalam saingan Liga A1 sebentar tadi.

Manjung City yang dilatih oleh Izzat Nazari menurunkan skuad terkuat dengan mempertaruhkan Hasri Firzan sebagai peledak utama manakala UITM pula turut menurunkan skuad terbaik mereka bagi mendapatkan kemenangan.

Ad

Manjung City bermula garang dengan meledak seawal minit ke-6 melalui rembatan deras Hasri Firzan yang menewaskan penjaga gol UITM, Aiman Najwan.

Ad

Tersentak dengan jaringan tersebut, UITM menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan.

Manjung hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-11 menerusi percubaan Syamin Baharuddin namun agak melambung tinggi.

Ad

UITM akhirnya berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-22 hasil penyudah mudah Fakhrur Razi yang memanfaatkan kealpaan pertahanan lawan. Kedudukan terikat 1-1.

Ad

Kedudukan itu hanya kekal 5 minit selepas UITM sekali lagi meledak menerusi rembatan leret Haiqal Haziq yang mengelirukan penjaga gol Manjung City, Izzat Hakimi.

Ad

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga aksi separuh masa pertama ditamatkan.

Bersambung babak kedua, Manjung mula mengatur serangan bagi mendapatkan jaringan kedua untuk menghidupkan semula api perjuangan mereka.

Hasil serangan tanpa henti, Manjung City akhirnya berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-63 hasil sepakan percuma Sasikumar. Kedudukan terikat 2-2.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mengejar kemenangan.

Tiada tambahan jaringan yang mampu dihasilkan sekali gus menamatkan aksi dengan keputusan 2-2