Liga A1: PT Athletic Ungguli Carta Liga, Jinakkan PIB Shah Alam
MakanBola
Putrajaya Athletic FC

Aksi saingan Liga A1 Semi Pro hari ini menyaksikan PT Athletic mudah menewaskan PIB Shah Alam untuk ungguli carta Liga.

Putrajaya Athletic turun dengan prestasi terbaik selepas mencatatkan 6 perlawanan berturut tanpa kalah sementara PIB Shah Alam kembali di landasan kemenangan dalam perlawanan sebelum ini menentang Bunga Raya. 

Ad

Separuh masa pertama tiada jaringan yang dapat dihasilkan. Tuan rumah, PIB Shah Alam juga gagal menggunakan kelebihan di tempat lawan. 

Ad

Pada minit ke-56, pemain berpengelaman Nurshamil Gani membuka jaringan pertama PT Athletic. 

Pemain muda PT Athletic, Azeez Arisekola menggandakan jaringan kedua buat pasukan pada minit ke-86 sekaligus menutup peluang PIB untuk bangkit.

Ad

Tamat permainan, PT Athletic 2-0 PIB Shah Alam. Pasukan pelawat berjaya mendapatkan tiga mata berharga untuk lonjak menjadi penghulu carta Liga A1 Semi Pro ketika ini.

Ad

Selepas ini, PIB Shah Alam akan berdepan Imigresen FC pada 8 September manakala PT Athletic akan hadapi Malaysian University pada 1 September ini.

Ad