Kerancakan Liga A1 Semi Pro diteruskan lagi untuk minggu ke-10 yang mana menyaksikan hanya satu pasukan sahaja tidak beraksi minggu ini iaitu PIB Shah Alam.
Juara bertahan yang menjuarai Liga M3 musim lalu, Imigresen FC meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga A1 musim ini apabila menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 20 mata selepas 8 perlawanan yang diharungi.
Melaka FC mengekori rapat di tangga kedua dengan mengumpul 19 mata manakala diikuti dengan PT Athletic FC di tangga ke-3 dengan 17 mata.
Berkongsi mata yang sama dengan PT Athletic adalah PIB Shah Alam yang tidak turun beraksi bagi saingan liga minggu ini.
Imigresen kekal menjadi pasukan tunggal yang belum mencatatkan sebarang kekalahan manakala Harini Selangor FT dan UITM United adalah dua pasukan yang masih memburu kemenangan pertama musim ini.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga A1 Semi Pro
1- Melaka FC vs Malaysian University
Tarikh: 16 Ogos 2024
Masa: 8.45 malam
Venue: Stadium Hang Jebat, Melaka
Siaran Langsung: MYTV Mana-Mana
2- YPM vs PT Athletic
Tarikh: 17 Ogos 2024
Masa: 4.45 petang
Venue: Stadium Mini SSMP, Gambang
3- Imigresen vs Armed Forces
Tarikh: 17 Ogos 2024
Masa: 4.45 petang
Venue: Stadium UKM, Bangi
Siaran Langsung: MYTV Mana-Mana
4- Harini Selangor vs UITM United
Tarikh: 17 Ogos 2024
Masa: 4.45 petang
Venue: Stadium Utama Kuala Selangor
5- Bukit Tambun vs Manjung City
Tarikh: 17 Ogos 2024
Masa: 8.45 malam
Venue: Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Siaran Langsung: (Akan dikemaskini)
6- Kuala Lumpur Rovers vs Bunga Raya Damansara
Tarikh: 18 Ogos 2024
Masa: 4.45 petang
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Siaran Langsung: MYTV Mana-Mana
7- Gombak vs Machan
Tarikh: 18 Ogos 2024
Masa: 8.45 malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang