Perlawanan saingan Liga A1 Semi Pro petang ini menyaksikan pertembungan diantara Gombak FC menentang YPM FC yang berakhir dengan keputusan seri.
Aksi harini ini berlangsung di Stadium Mini SSMP, Pahang dilihat kelebihan buat YPM FC sebagai tuan rumah.
Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan. Pasukan pelawat, dilihat lebih menguasai permainan dengan 58 peratus serta 3 percubaan tepat yang berjaya dihasilkan daripda 14 percubaan.
Manakala YPM FC, hanya menguasai 42 peratus permainan dengan 1 sepakan tepat ke arah gawang gol dihasilkan daripada 6 percubaan.
Separuh masa kedua bermula, pemain Gombak FC, Isa Raman berjaya membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-51 permainan sekaligus memberikan tekanan tinggi buat pasukan tuan rumah.
Pada minit ke-74 permainan, YPM FC dihadiahkan sepakan penalti, bekas pemain negara, Azzamuddin Akil mudah menyempurnakan sepakan tersebut.
Salah seorang pemain Gombak FC, Syazwan dilayangkan kuning pada minit ke-85 permainan selepas beliau memarahi pengadil perlawanan.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, YPM FC 1-1 Gombak FC.
Selepas ini, YPM FC akan bertemu Melaka FC pada 10 Ogos ini manakala Gombak FC akan menentang KL Rovers pada 11 Ogos ini.