Erik ten Hag mendedahkan dia “tidak sabar untuk bermain” menentang pasukan Fenerbahce kendalian Jose Mourinho dalam perlawanan penting Liga Europa untuk Manchester United minggu depan.
Bercakap kepada Hayters TV, pengurus Belanda itu mengatakan “Ia adalah perlawanan yang besar untuk kami berdua, saya sangat seronok berdepan dengannya, untuk menentangnya,” jawab Ten Hag.
United telah mengharungi permulaan yang mengecewakan dalam Liga Europa selepas seri berturut-turut menentang FC Twente dan Porto.
Walaupun Red Devils agak malang kerana hanya mendapat satu mata menentang FC Twente di Old Trafford, mereka juga bernasib baik untuk menyelamatkan keputusan seri pada saat-saat akhir menentang Porto.
Dua mata daripada dua perlawanan pembukaan menyebabkan pasukan Ten Hag terkandas di tempat ke-21 dalam format baharu Liga Europa, empat mata di belakang pendahulu Lazio.
Kemenangan ke atas Brentford di Old Trafford semalam menghasilkan menghadiahkan tiga mata penting dengan dua gol cemerlang daripada Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund melengkapkan kebangkitan Manchester United selepas The Bees menjaring menjaringkan gol pembukaan sejurus sebelum separuh masa pertama.