Liga Europa: Liverpool Kenduri Gol Belasah Toulouse
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Liverpool meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga Europa apabila membelasah Toulouse 5-1 di Stadium Anfield.

Diego Jota membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan sebelum Toulouse menyamakan kedudukan 7 minit kemudian menerusi T. Dallinga.

Ad

Pemain Jepun, Wataru Endo meletakkan Liverpool kembali dihadapan menerusi tandukan pada minit ke-30 permainan.

Ad

Giliran Nunez mencetak nama selaku penjaring 4 minit kemudian setelah pemain kelahiran Uruguay itu menerima hantaran daripada Curtis Jones.

Bersambung babak kedua, Liverpool meraih gol keempat pada minit ke-65 hasil rembatan pemain tengah, Ryan Gravenberch.

Ad

Gol kelima Liverpool hadir menerusi pemain bintang Mohamed Salah yang menerima hantaran Cody Gakpo sewaktu perlawanan memasuki masa tambahan.

Ad

Liverpool jelas menguasai perlawanan apabila merekodkan 63% penguasaan bola dan melakukan 21 percubaan ke arah gawang gol Toulouse.

Ad

Kemenangan besar ini membantu Liverpool mengumpul 9 mata dalam 3 perlawanan dan kini kelab itu semakin hampir melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Liverpool kini merupakan pendahulu kumpulan E manakala Toulouse berada ditangga ketiga dengan mengumpul 4 mata.