Komuniti
Rizanizam Roslan / Southern Sports P.A
Advertisements

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menganjurkan 3 kejohanan selepas bolasepak kembali dibenarkan semula antaranya Piala Tunku Temenggong Johor(TTJ),Piala Tunku Mahkota Johor(TMJ) dan Piala Sultan. 3 kejohanan pula dibatalkan antaranya Piala Tunku Panglima Johor(TPJ), Piala Tunku Laksamana Johor (TLJ) dan Piala Tunku Putera Johor(TPJ).

Kejohanan Piala TTJ telah dimenangi pasukan JBFA menewaskan pasukan Mersing dengan keputusan 1-0. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Mersing itu dilangsungkan dalam keadaan hujan dan menyaksikan satu perlawanan yang menarik.

Kembali kepada pasukan Kota Tinggi di Piala TMJ, pasukan ini hadir layak ke peringkat akhir dengan hanya 4 gol di jaringkan berbanding 5 kali dibolosi. Kota Tinggi mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Mersing dan tewas 1-2 kepada Pengerang.

Advertisements

Di peringkat suku akhir mereka diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas terdapat masalah teknikal ketika hari perlawanan. Pada separuh akhir pula mereka berjaya mengheret pasukan JBFA sehingga masa tambahan sebelum keputusan seri 1-1 tidak berubah. Akhirnya Kota Tinggi menang sepakan penalti dengan keputusan 4-3

270672352 287257730101668 4855109935513675543 n Liga JDT 2021: Kota Tinggi Lakukan Kebangkitan Saat Akhir Dramatik

Pasir Gudang di atas kertas menyajikan keputusan lebih meyakinkan apabila berjaya menjaringkan 8 gol dan hanya dibolosi sebanyak 2 kali. Untuk keputusan perlawanan mereka layak dengan keputusan menang menentang Kluang 2-0,seri 0-0 dengan Kulai. Peringkat suku akhir pula menang selesa dengan Pontian -1 dan separuh akhir menewaskan Pengerang 3-1.

Pada perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Tunku Tun Aminah,Skudai ini disiarkan secara langsung di platform KMFC TV. Perlawanan tersebut juga mendapat jumlah tontonan secara keseluruhan 50 ribu selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Pada 10 minit perlawanan berlangsung dilihat kedua-dua pasukan bermain dengan sangat agresif dengan beberapa kekasaran dilakukan dalam situasi padang yang licin akibat hujan turun tanpa henti sejak daripada pagi. Mujur kualiti padang dalam keadaan sangat baik.

Pasir Gudang terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke 11 menerusi pemain jersi 11,Danial Aiman. Pasukan Kota Tinggi masih lagi gagal mencari rentak permainan mereka di sepanjang separuh masa pertama permainan berlangsung.

Separuh masa kedua menyaksikan aksi lebih seimbang daripada kedua-dua pasukan namun tetap berlangsung dalam keadaan perlawanan yang sangat bersifat fizikal. Pasir Gudang lebih banyak menggunakan serangan melalui bahagian sayap kiri mereka manakala pasukan Kota Tinggi menggunakan hantaran jauh mencari seorang pemain hadapan mereka.

Advertisements

Perlawanan ini dihiasi dengan 9 kad kuning dan 1 kad merah selepas pemain jersi 7,Najmirul Hakim daripada Pasir Gudang dilayangkan kad kuning kedua pada minit 73. Selepas Pasir Gudang terpaksa bermain dengan 10 pemain barulah dilihat Kota Tinggi semakin rancak menyerang.

Perlawanan semakin menarik apabila pemain Pasir Gudang sudah mula menunjukkan tanda-tanda keletihan dan hilang fokus dan akhirnya dihukum pada masa tambahan di minit 92. Pemain jersi 12 Muhammad Azzeq menjadi wira untuk mengheret ke sepakan penalti.

Satu kekasaran yang dilakukan di sebelah kiri sudah cukup untuk rakan Azzeq menghantar bola tepat ke kaki beliau dan hanya menolak mudah masuk gol penyamaan tersebut. Pemain ini tidak dikawal dalam situasi sepakan percuma tersebut.

Advertisements
Pasukan Kota Tinggi akhirnya berjaya menjadi juara Piala Tunku Mahkota Johor ini apabila penjaga gol mereka Muhamad Afiz Haqasha menyelamatkan sepakan ke-7 pasukan Pasir Gudang dan pengambil sepakan ketujuh pasukan Kota Tinggi pemain jersi 14 Mohamad Akhmal menjadi wira pasukan berjaya menyepak masuk sepakan terakhir tersebut.

Tahniah kepada pasukan Pasir Gudang yang berjaya mara sehingga perlawanan akhir. Bagi pasukan Kota Tinggi pula tahniah juga diucapkan kerana pasukan ini membuktikan dalam bolasepak segala-galanya boleh terjadi selagi wisel penamat belum dibunyikan lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram