“Liga Kita Bukan Liga Amatur, Kestabilan Penting” – CEO MFL
Dunia
Astro Arena
Advertisements

CEO Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam menepis spekulasi yang mengatakan bahawa badan pengelola Liga Malaysia itu akan menawarkan slot kosong di Liga Super musim depan, kepada pasukan-pasukan amatur yang bermain di Liga M3.

Setakat ini ada dua kekosongan susulan Melaka United dan Sarawak United tidak diberikan lesen, dan jumlah tersebut berkemungkinan akan bertambah sekiranya PJ City membuat keputusan untuk menarik diri.

Malah masa depan beberapa kelab lain seperti Uitm FC dan Kelantan United juga masih tidak dapat diputuskan dengan jelas walaupun mereka telah berjaya beroleh lesen kebangsaan untuk bermain musim depan.

Advertisements

Bagi Stuart, Liga Super 2023 boleh diteruskan sahaja dengan jumlah pasukan yang ada – baik ianya 16 ataupun 15 pasukan – walaupun cadangan asal adalah membentuk liga profesional 18 pasukan, dan menegaskan bahawa ia tidak sedikitpun menjejaskan perjalanan liga.

Menurutnya, MFL tidak boleh memberi ‘tiket’ bermain di Liga Super kepada mana-mana pasukan secara tangkap muat ataupun sekadar mahu mencukupkan bilangan pasukan yang bertanding kerana ia akan menjejaskan kestabilan liga.

“Liga kita bukan liga yang nak ganti dengan kelab amatur, kita tengok liga profesional kita adalah kestabilan pasukan yang bertanding.

Advertisements

“Kelab profesional kena ada pasukan simpanan dan belia, pasukan dari AFL (Amateur Football League) belum ada struktur ini lagi. Jangan kita nak masukkan satu kelab tapi liga tak stabil,” ujarnya.

Ketika ini, sedang hangat diperkatakan bahawa sekiranya sah PJ City menarik diri, slot mereka itu akan diberikan kepada pasukan Harini FT yang dulu dikenali dengan nama Batu Dua FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram