Liga Premier: PDRM Sekat Kemaraan Kelantan FC
Liga Premier
Facebook / PDRM FC
Advertisements

Kelantan FC gagal meraih sebarang mata selepas tumpas 1-2 di laman sendiri menerusi jaringan lewat permainan Bruno Suzuki pada minit ke-83.

Perlawanan Liga Premier ini dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi untuk aksi Liga Premier musim 2021.

Kelantan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh PDRM pada minit ke-26 menerusi penalti yang disudahkan kapten PDRM FC, Lazarus Kaimbi. Penalti tersebut diperoleh selepas kekasaran dilakukan Safwan Hazman dalam kotak penalti PDRM.

Advertisements

PDRM FC terus mendominasi perlawanan tersebut dan hampir menambah kedukaan tuan rumah dengan tandukan Muhammad Azrie pada minit ke 31 namun sedikit tersasar.

Pasa babak kedua, Kelantan FC kembali bernafsu dengan mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-49 melalui sepakan percuma cantik kapten pasukan, Mario Arques.

Kelantan semakin bersemangat dan terus menyerang kubu pasukan pelawat namun gagal menghasilkan apa-apa jaringan. Pada minit ke-74 pemain import Kelantan FC, Nataneol Ringo membuat satu rembatan yang hampir menambah jaringan namun terkena tiang goal.

Advertisements

Hasrat Kelantan untuk membawa 1 mata akhirnya gagal apabila pemain gantian PDRM FC Bruno Suzuki menjadi wira pasukan pelawat selepas berjaya meledakan jaringan kedua pada minit ke-83.

Kelantan kini berada di tangga ke-5 dengan 18 mata manakala PDRM FC berada di tangga ke-6 Liga Premier 2021.

https://www.youtube.com/watch?v=oZiWW7iE9t8
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram