Pasukan wanita bawah 15 tahun Kelana United melakar kejayaan bermakna apabila berjaya mara ke pentas akhir selepas menumpaskan Sabah.
Perlawanan yang berlangsung di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu tiket ke final.
The Rhinos kelihatan lebih bersedia dengan beberapa peluang dan penciptaan gerakan menarik berlangsung pada babak pertama.
Pertahanan Sabah bagaimanapun melakukan kesilapan besar apabila melakukan kekasaran dalam kotak penalti yang memberikan peluang kepada lawan.
Sepakan penalti mudah disempurnakan oleh pemain Kelana United untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Bersambung babak kedua, Sabah kembali bangkit menerusi gol hasil percaturan baik dari tengah padang untuk gol penyamaan.
Kelana United bagaimanapun hampir memenangi perlawanan menerusi peluang satu lawan satu namun rembatannya melambung tinggi.
Perlawanan berakhir dengan sepakan penalti yang berkesudahan dengan kemenangan memihak Kelana United dengan keputusan 4-3.