Rasmi: Liga Simpanan Bakal Jadi ‘Lubuk’ Pemain Muda Raih Minit Permainan
Dunia
MFL
Advertisements

Bagi saingan liga musim 2023, kata sepakat telah dicapai menerusi satu perbincangan oleh MFL dan semua pasukan sekaligus bakal menyaksikan saingan liga tampil dengan wajah baharu.

Menerusi satu sidang media bersama MFL hari ini, Ketua Pengarah Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan hasil persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) telah memutuskan untuk memansuhkan Liga Premier.

Katanya, MFL terpaksa berbelanja besar untuk menampung kos perbelanjaan bagi menjalankan Liga Premier sebelum ini sekaligus menyebabkan kajian terperinci telah dilaksanakan.

Advertisements

Mengambil kira beberapa faktor seperti kos, penyiaran dan juga lain-lain lagi, maka saingan liga tersebut bakal digantikan dengan Liga Simpanan (Reserved League).

Jelasnya, dengan penambahan pasukan dalam saingan Liga Super dengan mengambil 6 pasukan dari Liga Premier sementara ‘feeder club’ akan beraksi di Liga Simpanan tersebut.

Malah, penubuhan liga ini juga bagi membuka ruang dan peluang buat pemain muda bagi mendapatkan minit permainan yang lebih banyak.

Advertisements

Hal ini juga dapat memastikan mereka dapat mencapai keyakinan pada tahap tertinggi selain menjadi medan buat pemain bawah 23 tahun mempamerkan potensi sebenar.

Dalam saingan liga ini, sebanyak 3 orang pemain import dibenarkan untuk didaftarkan tetapi hanya dua orang boleh beraksi dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, MFL juga membenarkan setiap pasukan untuk menggunakan dua orang pemain lebih umur digunakan pada hari perlawanan.

Advertisements

Liga Simpanan ini akan mempunyai 16 pemain Bawah 23 tahun yang didaftarkan semasa hari perlawanan untuk membantu memberikan minit untuk pembangunan para pemain. Lebih ramai pemain tempatan akan mempunyai jumlah permainan yang lebih besar selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram