Enam aksi menarik membuka tirai kempen Liga Super musim 2025/26 pada 8, 9 dan 10 Ogos ini.
Pertembungan juara dan naib juara liga musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada 8 Ogos dijangka menggamit perhatian peminat.
Ini kerana aksi ini bukan saja aksi pertama kedua-dua pasukan. Ini juga aksi di mana kedua-dua pasukan berpeluang meraih trofi Piala Sumbangsih 2025.
Tiga pendatang baharu liga, Melaka FC, Imigresen FC dan Brunei DPMM FC masing-masing bakal berdepan tugas mencabar dalam aksi sulung mereka.
Melaka berdepan finalis Piala Malaysia 2002, Sabah FC di Stadium Likas. Imigresen pula berdepan cabaran juara Piala Malaysia 2021, KL City FC.
DPMM pula berdepan juara MFL Challenge Cup 2023, PDRM FC di Stadium Selayang. Dua lagi aksi pembukaan liga juga dijangka menarik.
Kuching City FC akan menentang Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) di Stadium Negeri Sarawak. Penang FC pula melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Bandaraya pada 10 Ogos.
Aksi ini dilihat peluang buat anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail membalas dendam ke atas Peteh. Ini selepas mereka tewas 3-1 kepada Terengganu dalam aksi pra-musim baru-baru ini.