Liga Super: Aksi Kebal PDRM Buat Terengganu Pulang Hampa
MakanBola
Terengganu FC

Salah satu aksi tumpuan Liga Super pada Sabtu melibatkan pasukan PDRM dan Terengganu menyaksikan kemenangan memihak The Cops.

Kedua-dua pasukan turun di Selayang dengan misi penting untuk kembali dari kekalahan lalu setelah PDRM tumpas di tangan Sabah manakala Terengganu tewas kepada Selangor.

Penjaga gawang muda, Hakeem Hamidun menjadi pilihan di pintu gol PDRM sementara Terengganu pertaruh gandingan Safawi Rasid, Akhyar Rashid serta Engku Shakir di bahagian serangan.

Ad

Pelawat dilihat jelas menguasai permainan dengan tekanan yang memaksa pasukan PDRM terpaksa bertahan di ruang sendiri namun masih tiada jaringan yang dapat dihasilkan.

Peluang terbaik dimilik oleh Terengganu di penghujung aksi menerusi rembatan Azam Azmi yang berjaya ditepis keluar oleh Hakeem Hamidun termasuklah percubaan susulan oleh Akhyar Rashid.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, PDRM 0-0 Terengganu.

Ad

Bersambung di babak kedua, tuan rumah berjaya membuka tirai jaringan hasil percubaan jarak dekat Imran Samso yang bijak melepasi kawalan bek Terengganu serta menewaskan Rahadiazli Rahalim.

Walaupun jelas memegang penguasaan bola namun aksi kebal oleh pasukan PDRM membuatkan hajat Terengganu untuk mendapatkan jaringan penyamaan tidak kesampaian.

Aksi di Stadium MP Selayang berakhir dengan keputusan 1-0 memihak PDRM.

Perlawanan terakhir Liga Super pada minggu hadapan akan menyaksikan PDRM bertemu Selangor di gelanggang lawan sementara Terengganu akan kembali ke Gong Badak untuk berdepan Kedah.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments