Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditangguh Kali Kedua
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Aksi tertunda Liga Super pada Sabtu menyaksikan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan kali kedua.

Perlawanan ini sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu namun telah ditunda oleh Komisioner Perlawanan (KP) akibat hujan lebat yang turun di Stadium Ipoh ketika itu

Ad

Aksi yang dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam telah ditangguhkan selama 30 minit meskipun para pemain kedua-dua pasukan sudah selesai sesi memanaskan badan.

Ad

Para peminat yang hadir ke stadium terus sabar menanti aksi bersambung sehingga 8.45 malam namun tiada sebarang pengumuman dari pihak berkuasa.

Sesi pemeriksaan dijalankan sekali lagi dan malangnya aksi terpaksa ditangguhkan sehingga 9.15 malam menyaksikan para penyokong sudah mula tidak senang duduk.

Ad

Akhirnya aksi Perak-JDT sah bakal ditunda buat kali kedua ke satu tarikh yang akan diumumkan akibat hujan lebat yang menyebabkan padang bertakung.

Ad