Liga Super: Dua Gol Roket Hiasi Kemenangan Terengganu Tewaskan KL City
MakanBola
Kuala Lumpur City
Sponsors

Terengganu FC kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Terengganu mempertaruhkan trio serangan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade manakala Paulo Josue kekal memimpin KL City sebagai ketua pasukan.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan mula mengatur serangan bagi mencari jaringan awal.

Ad

Terengganu memperolehi peluang pertama untuk menjaringkan gol pada minit ke-9 melalui rembatan Ismaheel Akinade namun rembatannya membias kepada pertahanan dan ditangkap kemas Azri Ghani.

Perlawanan terpaksa dihentikan buat sementara waktu pada minit ke-9 gara-gara masalah lampu limpah stadium.

Ad

Perlawanan disambung semula pada minit ke-24 dan kedua-dua pasukan mula melancarkan serangan pantas ke kubu lawan masing-masing.

Ad

Paulo Josue hampir meletakkan KL City di hadapan melalui sepakan percuma pada minit ke-30 namun dapat ditangkap oleh Suhaimi Husin.

Ad

Selepas serangan demi serangan dilancarkan, Terengganu akhirnya berjaya di hadapan pada minit ke-55 masa tambahan melalui rembatan Manuel Ott selepas arkitek dari Filipina itu menyambar hantaran Azam Azmi.

Jaringan itu menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 memihak Terengganu.

Bersambung babak kedua, Terengganu menggandakan asakan bagi menjarakkan kedudukan. Manuel Ott hampir menambah jaringan keduanya dalam perlawanan ini pada minit ke-46 namun rembatan derasnya diselamatkan Azri Ghani.

Akhyar Rashid turut berpeluang mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-61 namun rembatan leret beliau sedikit tersasar walaupun berjaya menggelecek beberapa pertahanan.

Safawi Rasid akhirnya menambah jaringan kedua buat Terengganu pada minit ke-70 hasil sepakan percuma deras yang membuatkan Azri mati langkah di gawang KL City.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu namun tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 buat Terengganu menewaskan KL City.

Untuk aksi seterusnya, Terengganu bakal berdepan Sabah FC pada 16 Ogos depan manakala KL City pula bakal bertemu PDRM FC pada tarikh yang sama/